Macam mana Alfalfa Shaklee ni diproses? Apa bagus sangat Alfalfa Shaklee ni?

Ok hari ni mari kita cerita tentang Alfalfa Shaklee...
Haaa... sape tau cane Alfalfa Shaklee dihasilkan?
Tak tahu? Nak tahu? Meh ambil tahu hehe...

Alfalfa Shaklee ni dihasilkan secara organik (bebas daripada pestisid, herbasid dan bahan kompos atau baja kimia) di Carlifornia menggunakan Alfalfa (Medicago Sativa).
(AMARAN: Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik, SLE, perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini kerana mengandungi Medicago Sativa) 

 
Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa, maka MS ni juga digelar "Raja Segala Tumbuhan"... Cewah! Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 

Daun alfalfa untuk kegunaan Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak dan kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan secara semulajadi (pengudaraan) bagi mengekalkan nutrisinya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa. 

Shaklee pulak sediakan 2 saiz packaging untuk alfalfa ni.
Yang 300 tablets dan yg 700 tablets.
Pilih je mana yang nak dibeli tapi of course la yg 700 tablets tu lagi berbaloi-baloi kan...


Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Sebab tu kalau sekali doa habis stok... Menangis la kita nak tunggu stok baru masuk ke HQ huhu...
  Alfalfa sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun. Alfalfa juga dikenalpasti sebagai makanan paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Percaya tak kalau saya cakap Alfalfa ni membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran?

Jom lihat 19 daripada 1001 kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster (untuk ibu yang menyusukan bayi)

Oh banyaknya keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee ni... 
Next entrylah kita sambung lagi :)
Tapi kalau dah tak sabar-sabar nak order, meh contact saya :)